Menurut Bob Sadino, antara perkara anak muda sering takuti adalah untuk keluar dari zon selesa dan mencuba perkara baharu. Bagi mereka, dua perkara ini sangat susah untuk diadaptasi. Lebih-lebih lagi apabila tidak mencuba untuk membiasakan diri di ‘tempat orang’. Inilah yang sering terjadi kepada anak-anak yang menyambung pelajaran ke luar negara, iaitu negara yang tidak menggunakan bahasa yang mudah difahami seperti negara German, Jepun, China, Mesir, Sepanyol dan banyak lagi.
Khusus di Mesir, umum mengetahui bahawa bangsa di sana menggunakan bahasa Syurga iaitu Bahasa Arab. Jika diteliti semula, ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Arab ini sangat mudah untuk dipelajari dan dikuasai. Perkara ini akan menjadi lebih mudah jika seseorang pelajar itu mempunyai asas dalam penggunaan Bahasa Arab dari bangku sekolah lagi dan memanfaatkan kelebihan tersebut apabila melanjutkan pelajaran ke Negara Mesir.
Perkara ini akan menjadi agak sukar bagi mereka untuk “survive” jika tiada asas dalam berbahasa Arab. Tambahan pula, setiap negara itu pasti mempunyai dialek yang tersendiri. Jika Malaysia mempunyai pelbagai dialek mengikut bangsa, begitu juga dengan bangsa Arab. Ada dialeknya yang tersendiri. Uishhh ye ke? Persoalannya, susah ke untuk memahami dialek Mesir atau Ammiy Mesir ni?

Antara salah satu alasan bagi mereka yang tidak mahu untuk pelajari dialek Mesir ini adalah tiada sumber. Betul ke tiada sumber? Sebenarnya, terlalu banyak cara untuk menguasai dialek Mesir ni kawan-kawan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mahu dan tidak mahu sahaja sebenarnya. Pilihan di tangan kita.
Baiklah, ayuh kita kupas cara mudah untuk kuasai dialek Mesir ni. Pertamanya, bina hubungan bersama kawan yang mempunyai kenalan yang berbangsa Arab. Secara tak langsung, kita telah membina jaringan kenalan yang luas. Untuk lebih lanjut, nyatakan hasrat sebenar kita bahawa kita betul-betul ingin mempelajari dialek Mesir. Dari situ, kita boleh berguru dengan lebih lanjut dengan bertanya makna dan cara sebutan yang bagaimana. Melalui hasrat tersebut, pengajar akan tahu cara mengajar yang bagaimana dan kita juga secara tak langsung mudah untuk terima ilmu baharu. ‘Orang putih’ kata, “Win win situation”.
Dalam mempelajari sesuatu yang baharu, jangan pernah malu untuk bertanya dan jangan pernah takut untuk salah. Tambahan pula, daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW juga ada bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. [Riwayat Muslim (4867)]
Dalam kita menuntut ilmu, pasti ada susahnya dan pasti ada perit likunya. Tetap percaya bahawa susah yang dihadapi, akan rasa mudah dihujungnya. Kita juga pasti mudah untuk bawa diri di bumi Mesir dengan menguasai Ammiy Mesir ini.

Jika tiada kawan yang berbangsa Arab Mesir, macam mana pula? Cara kedua untuk kuasai Ammiy Mesir ini adalah dengan memanfaatkan INTERNET yang ada. Sebenarnya, di internet pelbagai sumber yang kita boleh dapati untuk pelajari dialek Mesir ni. Antaranya, daripada YouTube dan Blogger. Daripada asas sehinggalah kita boleh menjadi pakar dan mudah untuk bersembang dengan bangsa Arab nanti.
Di YouTube, terdapat bermacam-macam saluran channel yang menyediakan pelbagai tema video tentang Mesir. Antaranya, Vlog Kareem el-Sayyed yang menceritakan tentang kehidupan sebagai seorang Mesir yang menetap UK, ‘Ali Muhammad ‘Ali seorang pemuda Mesir yang berpengetahuan luas dalam buku-buku motivasi, Ahmed Abou Zaid’ yang berkongsi tentang komputer, bahasa Inggeris dan isu-isu terkini serta banyak lagi channel YouTube yang bermanfaat.
Yang paling penting, elemen tulis, hafal dan ulang adalah perkara yang sangat dituntut dalam mempelajari sesuatu yang baharu. In shaa Allah, dengan elemen-elemen ini kita mampu untuk bawa diri di negara orang. Bak kata pepatah, masuk kendang kambing mengembek, masuk kendang kerbau menguak.

Bagi yang akan menyambung pengajian di Mesir melalui MedicMesir, jangan risau. Kalian sebenarnya berada di dalam “circle” yang betul. Kalian pastinya tidak akan berseorangan untuk belajar dialek Mesir. Malah, MedicMesir akan menyediakan kelas bimbingan Bahasa Arab dan mengenali lebih ramai lagi orang-orang yang berbangsa Arab di Mesir. Semoga bermanfaat dan selamat mendalami Dialek Mesir!
Bagi yang berminat untuk sambung pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi, di Mesir adalah tempat yang sesuai bagi anda yang ingin terus mengguna pakai bahasa Syurga dan yuran terendah di dunia. Boleh layari www.medicmesir.com atau hubungi Kaunselor MedicMesir http://www.wasap.my/60197586167/MedicMesir2022 (Cik Nisa) untuk mendapatkan bimbingan yang lebih terperinci. Daftar sekarang untuk sertai Ambilan September 2022.